Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Blog ini khas dibangunkan untuk memberi panduan mohon pinjaman MARA untuk pelajar MSU. Jika anda suka dan berterima kasih atas panduan ini sila sebarkan ia dalam kalangan pelajar MSU yang mencari-cari maklumat ini.
Sekian, terima kasih
Permohonan MARA boleh dibuat bermula:
1-20 bulan Januari dan Julai SAHAJA
Sila 'alert' pada tempoh tersebut agar tidak terlepas untuk menghantar dokumen-dokumen tersebut
Adalah lebih baik jika anda menyiapkan dokumen + pengesahan yang diperlukan 1-2 minggu SEBELUM permohonan online dibuka
IKUTI LANGKAH-LANGKAH BERIKUT
Pergi ke http://eduloan.mara.gov.my/
Rujuk sidebar sebelah kiri dan tekan e-eduloan
Klik pendaftaran baru dan isi borang yang disediakan
Borang ini boleh dikemaskini cuma kadang-kadang terdapat error untuk mengisi part 'simpan'
Periksa dengan teliti maklumat yang diisi pada borang tersebut
Setelah yakin, print borang tersebut
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN & SUSUNAN
1.Gambar passport 2 keping
2.Surat tawaran
3.Surat pengesahan belajar
Dapatkan di Admin Department, photostat & dapatkan pengesahan dokumen daripada department tersebut
4.Salinan IC pelajar
5.Salinan Surat beranak pelajar
6.Salinan Sijil SPM
7.Salinan Keputusan peperiksaan semester yang lalu (bagi pelajar yang mohon pada semester 2 dan ke atas)
8.Salinan Buku/surat yang menunjukkan no. akaun bank
9.Salinan Sijil-sijil kelulusan akademik STPM/pra-diploma/diploma/ijazah/sarjana dan lain-lain yang berkaitan
10.Salinan Sijil-sijil kokurikulum
11.Karangan perihal diri, perancangan pengajian dan kerjaya sebanyak 300 patah perkataan
Dapatkan contoh karangan melalui Google.com dengan menaip 'Contoh karangan mohon MARA'
12.Salinan IC ibubapa
13.Salinan Surat beranak ibubapa
14.Salinan penyata gaji/borang J terkini pemohon yang bekerja dan suami/isteri/penyata pencen ibu/bapa atau surat pengesahan pendapatan ibu/bapa jika bekerja sendiri
Dokumen 4-10, 12-14 harus dapatkan tandatangan daripada ketua kampung / pegawai kerajaan kelas A
Akhir sekali, dapatkan pengesahan tandatangan daripada Admin Department yang terdapat pada borang permohonan pinjaman pendidikan MARA
Setelah mengikuti langkah-langkah di atas hantar dokumen tersebut (beserta klip kertas) ke Akaun Department.
Jika ada pertanyaan sila komen pada kotak di bawah.